KHOMEINI : AYAT ALLAH ATAU AYAT SYAITAN?
Muhammad Asrie bin Sobri
http://mashoori.wordpress.com
PENGENALAN KEPADA KHOMEINI
Khomeini atau disebut oleh pengikutnya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini yang membawa maksud Khomeini Ayat dan Ruh Allah.
Khomeini merupakan figur atau tokoh sejarah dunia yang agung dan terkenal kerana dialah pengasas Republik Islam Iran dan berjaya menggulingkan Shah Muhammad Reza Pahlavi pada tahun 1979 M melalui Revolusi Islam Iran.
Khomeini dilahirkan di bandar Khomein yang terletak di arah Barat Daya Tehran, ibu negara Republik Iran pada tahun 1902 M/ 1320 H. Nama sebenarnya Mustafa Ahmad al-Musawi al-Khomeini. Datuknya Ahmad berasal daripada India kemudian berhijrah ke Iran pada tahun 1885 M. Bapanya mati dibunuh setahun setelah kelahirannya dan ketika dia hampir baligh, ibunya meninggal dunia. Dia dibesarkan oleh abangnya dan mendalami ajaran Syiah sehingga menjadi seorang ulama Syiah. Pada tahun 1965 M, Shah Muhammad Reza Pahlavi telah membuang Khomeini ke Turki kemudian dia meminta izin supaya dibuang ke Iraq lalu mendapat kebenaran Syah dan pemerintah Iraq. Dia tinggal di Iraq selama 15 tahun dan menjadikan Najaf sebagai tempat tinggalnya. Dia tidak melancarkan apa-apa serangan terhadap Syah Iran sehinggalah tahun 1968 M apabila Parti Baath memerintah Iraq. Parti Baath mengalu-alukan para penentang Syah Iran dan Khomeini diberi kedudukan istimewa sehingga dia diberi slot radio tersendiri untuk mengembangkan idea revolusinya.
Kerajaan Iraq memberikan Khomeini kebebasan dan keistimewaan sehingga permohonannya supaya hukuman mati terhadap Syed Hasan Syirazi ditarik balik turut diperkenan kerajaan Revolusi Iraq. Bahkan Saddam Husein selaku Timbalan Ketua Majlis Revousi Iraq menerima permohonan tersebut.
Kemudian, dia cuba untuk berpindah ke Kuwait setelah kerajaan mengenakan sedikit sekatan ke atasnya tetapi kerajaan Kuwait enggan membenarkan lalu kerajaan Iraq berkenan untuk menerimanya kembali.
Pada tahun 1978 M, Khomeini meninggalkan Iraq lalu pergi ke Paris dan menetap di sana sehinggalah kejatuhan Syah Iran pada tahun 1979 M. Apabila jatuhnya Syah Iran, Muhammad Reza Pahlavi, Khomeini diangkat sebagai pemimpin agung Iran dikenali sebagai (Ruhbar). Pada tahun 1989 M ketika berumur 89 tahun.
AKIDAH KHOMEINI
Khomeini adalah pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah Imamaiah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah.
Khomeini dalam menjalankan pemerintahan berteraskan bahawa dia adalah wakil kepada Imam al-Hujjah al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, Muhammad bin Hasan al-Askari iaitulah imam Syiah ke-12 yang kononya ghaib dan akan datang semula di akhir zaman. Berikut beberapa pandangan akidah Khomeini :