One Aqidah

Artikel

[Fatwa Ulama'] Fatwa Majlis Ulama Arab Saudi Tentang Jihad

December 8, 2012 by admin in Artikel, Fatwa Ulama

Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi
Terjemahan: Ustaz Idris bin Sulaiman

Soalan Kedua Fatwa No: 7122
 
Soalan 2: Adakah jihad dianggap fardu ain ke atas kita sekarang memandangkan hak-hak orang Islam telah dicabul melalui pencerobohan asing dan sebagainya? Apa hukum mereka yang tidak berjihad atas sebab tidak punya kemampuan, sedangkan jika mereka diseru mereka akan menyahut dan berjihad fi sabilillah. Cumanya, mereka terhalang (daripada berjihad) akibat daripada keadaan yang melanda Umat Islam di mana mereka diperintah dengan selain daripada hukum Allah. Beserta dalilnya.

Jawapan 2: Jihad menegakkan Kalimah Allah, mempertahankan Agama Islam,  menyampaikan dakwah serta menyebarkannya, dan menjaga kehormatannya  menjadi kewajipan ke atas mereka yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Tetapi ia perlu kepada bala tentera yang telah diatur bagi mengelak daripada keadaan kucar-kacir (yang akan mengakibatkan) natijah yang tidak baik. Oleh itu, seruan jihad serta percaturannya termasuk dalam urusan pemerintah Islam. Maka, para Ulama perlu menyeru mereka kepadanya. Sekiranya ia (jihad) telah dimulakan dan Umat Islam telah diseru kepadanya, adalah menjadi kewajipan mereka yang berkemampuan untuk menyahutnya dengan ikhlas demi menegakkan yang hak serta memelihara Islam. Adapun mereka yang tidak turut serta sedangkan mereka berkemampuan dan mereka tidak mempunyai keuzuran, maka mereka akan berdosa.

Wa billahi al-taufiq. Wasallahu ala nabiyyina Muhammad wa ala aalihi wasahbihi wasallam.

Fatwa Majlis Pembesar Ulama,

Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi

Ketua:

Timbalan Ketua

Ahli

Ahli

Abdulaziz bin Abdullah bin Baz

Abdul Razzaq Afifi

Abdullah bin Qhudayyan

Abdullah bin Qu’uud

Teks Arab Fatwa

فتوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء – المملكة العربية السعودية

السؤال الثاني من الفتوى رقم 7122

س2: هل يعتبر الجهاد فرض عين علينا الآن وقد انتهكت حقوق المسلمين عن طريق الغزو الأجنبي أو غيره؟ وما هو الحكم في القاعدين الذين لا يملكون حيلة، غير أنهم لو استنفروا لأجابوا، ولجاهدوا في سبيل الله، وإنما حبستهم تلك الظروف التي تعانيها الأمة الإسلامية، من أن الحكم فيها لغير الله، مع الأدلة؟
ج2: الجهاد لإعلاء كلمة الله، وحماية دين الإسلام، والتمكين من إبلاغه ونشره، وحفظ حرماته فريضة على من تمكن من ذلك وقدر عليه، ولكنه لا بد له من بعث الجيوش، وتنظيمها؛ خوفًا من الفوضى، وحدوث ما لا تحمد عقباه؛ ولذلك كان بدؤه، والدخول فيه من شأن ولي أمر المسلمين، فعلى العلماء أن يستنهضوه لذلك، فإذا ما بدأ واستنفر المسلمين، فعلى من قدر عليه أن يستجيب للداعي إليه، مخلصًا وجهه لله، راجيًا نصرة الحق، وحماية الإسلام، ومن تخلف عن ذلك مع وجود الداعي، وعدم العذر؛ فهو آثم.
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

عضو

عضو

نائب رئيس اللجنة

الرئيس

عبد الله بن قعود

عبد الله بن غديان

عبد الرزاق عفيفي

عبد العزيز بن عبد الله بن باز

 

Kongsikan:

Related Posts

Prinsip 1aqidah.net

1 - al-Qur'an & as-Sunnah sebagai pegangan.

2 - Memahaminya di atas pemahaman para Salafus Soleh yang terdiri dari para Sahabat yang diredhai, Tabi'in, dan Tabi'ut Tabi'in.

3 - Melalui para ulama yang berdiri teguh di atas jalan mereka.

4 - Memastikan agama ditegakkan di atas fakta yang sahih lagi ilmiyah.

Kongsikan 1aqidah.net
Blog Traffic

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 911
  • Last 7 days: 5,832
  • Last 30 days: 24,342
  • Online now: 4
LIKE 1AQIDAH.NET di Facebook
Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins