One Aqidah

Artikel

[Fatwa Ulama'] Hukum Video Rakaman Ceramah Untuk Dakwah

February 1, 2013 by admin in Artikel, Fatwa Ulama

FATWA FAQIH AL-ZAMAN MUHAMMAD BIN SOLEH AL-UTSAIMIN –RAHIMAHULLAH-
Terjemahan: Muhammad Asrie Sobri

Ditanya kepada Fadilatu al-Syaikh: Berkenaan hukum mengambil rakaman gambar ceramah-ceramah dan seminar-seminar dengan Video.

Maka beliau menjawab sebagai berikut:

“Aku berpendapat bahawa ianya TIDAK SALAH untuk merakam ceramah-ceramah dan seminar-seminar dengan alat-alat video television jika terdapat keperluan atau ada maslahah beralasankan beberapa perkara:

Pertama: Bahawa merakam gambar Fotografi segera tidak termasuk dalam larangan meniru ciptaan ALLAH seperti mana yang jelas kepada mereka yang menelitinya.

Kedua: Gambar tidak zahir pada pita rakaman maka ia tidak termasuk dalam larangan menyimpan gambar.

Ketiga: Bahawa terdapat khilaf dalam masalah masuknya gambar fotografi segera dalam perbuatan meniru ciptaan ALLAH (atau tidak) – walaupun perkara ini mewariskan syubhat- namun keperluan atau maslahat yang pasti tidak ditinggalkan kerana terdapat khilaf yang tidak zahir padanya wajah larangan.

Inilah pandanganku dalam masalah ini.
Wallahul Muwaffiq.”

[Sumber: Majmuk Fatawa wa Rasail Ibn Utsaimin, 2/289]

Terjemahan:
Ustaz Asrie bin Sobri
Jurusan Usuluddin dan Dakwah
Universiti Islam Madinah

Kongsikan:

Related Posts

Prinsip 1aqidah.net

1 - al-Qur'an & as-Sunnah sebagai pegangan.

2 - Memahaminya di atas pemahaman para Salafus Soleh yang terdiri dari para Sahabat yang diredhai, Tabi'in, dan Tabi'ut Tabi'in.

3 - Melalui para ulama yang berdiri teguh di atas jalan mereka.

4 - Memastikan agama ditegakkan di atas fakta yang sahih lagi ilmiyah.

Kongsikan 1aqidah.net
Blog Traffic

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 746
  • Last 7 days: 6,556
  • Last 30 days: 25,486
  • Online now: 5
LIKE 1AQIDAH.NET di Facebook
Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins