One Aqidah

Soal Jawab

[Q&A] Hukum Berzanji dan Marhabban

June 1, 2012 by admin in Persoalan Bida'ah, Soal Jawab

From: Nazrol Jemaron
Comments:
Salam ustaz,

Saya ingin bertanya mengenai hukum berzanji dan marhabban yang dilakukan oleh masyarakat kita hari ini. Adakah ianya boleh dilakukan atau termasuk dalam perkara bidaah dan jika bidaah bahagian mana dalam berzanji dan marhabban itu yang bidaah?

Mohon penjelasan dari ustaz.

Terima kasih

Ustaz Abu Soleh Mohd Safwan Rusydi menjawab:

Wa’alaikumyssalam warahmatullahi wabarakatuh..

Barzanji ialah nama penulis kepada kitab Barzanji yang menghimpunkan kisah sirah nabi Muhammad, qasidah qasidah dan selawat-selawat ke atas Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Nama sebenar Barzanji ialah Ja’far Al-Barzanji Al-Madani, beliau adalah seorang khatib di Masjidil Haram dan seorang mufti dari kalangan Syafi’iyah. Beliau wafat di Madinah pada tahun 1177 Hijrah bersamaan 1763 Masihi.

Biasanya masyarakat kita pada hari ini akan mengadakan upacara membaca Barzanji ini ketika kenduri Akikah, perkahwinan dan sempena menyambut maulid (kelahiran) Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Merayakan perayaan-perayaan tersebut dengan membaca Barzanji tidak pernah dikenali di zaman salafus-soleh 300 kurun awal Hijrah. Bahkan kitab Barzanji belum wujud pada masa itu.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْس عَلَيهِ أمرُنا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan dari perintah kami, maka ia tertolak.” (HR Bukhari dan Muslim)

Manakala dari sisi kandungan kitab tersebut mengandungi berbagai penyimpangan seperti kisah-kisah yang berdasarkan daripada hadis yang lemah dan palsu, qasidah-qasidah berbentuk pujian ke atas Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam secara berlebihan dan doa-doa permintaan yang menggunakan tawassul (perantara) kepada nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Wallahua’lam

Kongsikan:

Related Posts

Prinsip 1aqidah.net

1 - al-Qur'an & as-Sunnah sebagai pegangan.

2 - Memahaminya di atas pemahaman para Salafus Soleh yang terdiri dari para Sahabat yang diredhai, Tabi'in, dan Tabi'ut Tabi'in.

3 - Melalui para ulama yang berdiri teguh di atas jalan mereka.

4 - Memastikan agama ditegakkan di atas fakta yang sahih lagi ilmiyah.

Kongsikan 1aqidah.net
Blog Traffic

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 664
  • Last 7 days: 3,370
  • Last 30 days: 21,328
  • Online now: 4
LIKE 1AQIDAH.NET di Facebook
Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins