One Aqidah

Artikel

Khutbah Jumaat oleh Syeikh `Ali Al-Huzaifi -hafizahullah- Nikmat Akal dan Akibat Golongan yang Mematikan Fungsi Akal

October 14, 2011 by admin in Fatwa Ulama

Nikmat Akal dan Akibat Golongan yang Mematikan Fungsi Akal

Khutbah Jumaat Oleh: Syeikh `Ali bin `Abdul Rahman Al-Huzaifi-hafizahullah-

Imam Masjid Nabawi As-Syarif Madinah Al-Munawwarah.

Diterjemahkan oleh: Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi

Kuliah Dakwah dan Usuluddin Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah

 

 

 

Pautan Khutbah Asal Dalam Bahasa Arab: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=fG8D7CHrQmQ

 

Terjemahan:

Alhamdulillah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam dada-dada, yang memuliakan sesiapa sahaja yang mentaatinya,dan menghinakan sesiapa sahaja yang bermaksiat terhadapNya, sesiapa yang mentaati tuhannya maka dia diberi pertolongan,dan sesiapa yang berpaling daripad kitab Allah maka dia terputus(dari rahmat Allah),aku memuji tuhanku dan aku bersyukur kepadaNya dan aku bertaubat kepadaNya dan aku memohon keampunan daripadaNya,dan aku bersaksi bahawasanya tiada ilah yang berhak disembah melainkan Allah sahaja tidak ada sekutu bagiNya Yang Maha Agung lagi Maha Pengampun,dan aku bersaksi bahawasanya nabi kita dan penghulu kita Muhammad ialah hambaNya dan rasulNya yang diutuskan dengan petunjuk dan cahaya.Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam dan berkatilah ke atas hambaMu dan rasulMu Muhammad dan ahli keluarganya dan para sahabatnya yang mendahului dalam melakukan kesemua amal kebaikan.

 

Maka bertaqwalah kepada Allah Ta`ala dan taatilah Allah,dan berjaga-jagalah daripada kemurkaanNya dan janganlah kamu bermaksiat terhadapnya,wahai hamba Allah,ingatlah nikmat-nikmat Allah ke atasmu dan bersyukurlah kepadaNya atas apa yang Dia kurniakan ke atas kamu yang tidak boleh diukur dan tidak boleh dikira,ketahuilah antara nikmat-nikmat yang terbesar adalah nikmat akal,iaitulah yang digunakan oleh seorang insan bagi membezakan antara al-hak dan batil,dan antara kebaikan dan keburukan dan akal berperanan membezakan antara perkara yang bermanfaat dan perkara yang memudaratkan.

Akal merupakan naluri dan cahaya serta kekuatan,Allah meletakkannya di dalam badan insan yang dengannya dapat mengesan antara kebaikan dan kerosakan dan dapat mengesan maklumat yang sahih lagi bermanfaat dan maklumat yang salah dan dengannya dapat memisahkan  antara sesuatu perkara dan dengannya dibebankan taklif yang daripadanya membawa kepada ganjaran ataupun balasan.Akal tempatnya di dalam hati sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al-Kitab dan As-Sunnah,firman Allah Ta`ala:

أفلم يسيروا في الأرض فتكون لهم قلوب يعقلون بها

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami/memikirkan dengannya?.

[ Al-Hajj:46 ]

 

Firman Allah Ta`ala:

ولقد ذرأنا لجهنم كثيرا من الجن والإنس لهم قلوب لا يفقهون بها

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)

[ Al-`Aaraf:179 ]

 

Firman Allah Ta`ala:

إن في ذلك لذكرى لمن كان له قلب

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati

 

Kata para Mufassirun(ahli Tafsir): maksudnya:bagi orang yang mempunyai ” Akal “.

 

Daripada Abu Syuraih Al-Khuza`i katanya: Telah menceritakan kepada kami Rasulullah satu hadith yang didengari oleh dua telingaku dan aku menghafalnya dengan hatiku.

[ HR Bukhari dan Muslim ]

 

Daripada Nu`man bin Basyir radiallahu`anhuma katanya: Sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:

ألا وإن في الجسد مضغة: إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب

Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad ada seketul darah, jika ianya baik maka baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak maka rosaklah jasad keseluruhannya,ketahuilah ianya adalah hati.

[ HR Bukhari dan Muslim ]

 

Dan akal,walaupun tempatnya terletak di dalam hati namun ianya mempunyai kaitan dan bersambung dengan otak,dan padanya ia berfungsi dan merupakan daripada tempat mengenal pasti(sesuatu maklumat) bagi seorang insan dan sebab-sebab dia memperoleh pengetahuannya dan ilmunya adalah melalui pendengaran,penglihatan dan akal,firman Allah Ta`ala:

والله أخرجكم من بطون أمهاتكم لا تعلمون شيئا وجعل لكم السمع والأبصار والأفئدة لعلكم تشكرون

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

[ An-Nahl:78 ]

 

Firman Allah Ta`ala:

وهو الذي أنشأ لكم السمع والأبصار والأفئدة قليلا ما تشكرون

Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati(akal). Amat sedikitlah kamu yang bersyukur..

[ Al-Mukminun:78 ]

 

Dan tidak ada seorang pun yang Allah mengurniakan kepadanya akal melainkan dia mengetahui al-hak dan kebatilan jika telah dijelaskan kepadanya,dan jika dia terselamat daripada pengaruh-pengaruh dan penghalang-penghalang, dalam hadith Nabi

sallallahu`alaihiwasallam:”Setiap anak yang dilahirkan,dilahirkan di atas fitrah(islam) maka kedua-dua ibu bapanyalah yang berperanan menjadikannya yahudi, atau nasrani atau majusi”.Dalam hadith qudsi,Allah berfirman:

Aku telah menciptakan hambaKu dalam keadaan hunafa`(mereka lurus berada di atas tauhid) maka datang syaitan kepada mereka lalu dia memesongkan mereka.”

 

Apa yang diseru oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada seseorang dan menjelaskan kepadanya agama islam melainkan dia wajib menyahut seruan tersebut dan mengikutinya serta menyerah dengan penuh rasa cinta dan mengharap dan dengan penuh rasa lapang dada,dan dia mengetahui dengan akalnya bahawasanya ianya adalah kebenaran ,dan sesiapa yang tidak menyahut seruan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam,berpaling daripada penjelasan dan mengingkari dan penuh kesombongan atau berpaling disebabkan taqlid kepada pembesar-pembesar( ulama`-ulama atau pemimpin) dan akibat berpegang teguh dengan adat-adat sesat yang diwarisi,firman Allah Ta`ala:

فإنهم لا يكذبونك ولكن الظالمين بآيات الله يجحدون

kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.

[ Al-An`aam:33 ]

 

Firman Allah Ta`ala:

إن الذين ارتدوا على أدبارهم من بعد ما تبين لهم الهدى الشيطان سول لهم وأملى لهم

Sesungguhnya orang-orang yang kembali murtad (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka,syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka

[ Muhammad:25 ].

 

Firman Allah Ta`ala:

وإذا ذكرت ربك في القرآن وحده ولوا على أدبارهم نفورا

Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Qur’an, nescaya mereka berpaling ke belakang karena kebenciannya

[ Al-Isra`: 46 ]

 

Firman Allah Ta`ala pada menjelaskan sifat orang-orang yang bertaqlid:

إِنَّهُمْ أَلْفَوْا آبَاءَهُمْ ضَالِّينَ (69) فَهُمْ عَلَى آثَارِهِمْ يُهْرَعُون

Lalu mereka sangat tergesa-gesa mengikuti jejak orang-orang tua mereka itu.

Dan sesungguhnya telah sesat sebelum mereka (Quraisy) dan sebagian besar dari orang-orang yang dahulu

[ As-Shaaffat: 70-71 ]

 

Firman Allah Ta`ala:

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا (66) وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا (67) رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: Alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul”.

Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)

Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar”.

[ Al-Ahzab: 66-68 ]

 

Begitu jugalah keadaan orang-orang yang ditaklifkan (agar mengikuti Al-Kitab dan As-Sunnah) dan mereka diseru kepada Kitab Allah dan sunnah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam,dan bagi orang-orang yang memenuhi seruan Rasul akan Berjaya dengan dua kejayaan iaitu di dunia dan akhirat,manakala orang-orang yang berpaling iaitu yang berpaling daripada bayyinah( Al-quran dan As-Sunnah) kerana sifat ingkar dan sombong atau berpaling kerana disebabkan mengikut syaitan sama ada dari kalangan jin atau manusia maka rugilah mereka di dunia dan akhirat,firman Allah Ta`ala:

لِلَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمُ الْحُسْنَى وَالَّذِينَ لَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُ لَوْ أَنَّ لَهُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ أُولَئِكَ لَهُمْ سُوءُ الْحِسَابِ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, nescaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman

[ Ar-Ra`d : 18 ]

 

Maka orang-orang yang tidak memanfaatkan akalnya untuk mengetahui kebenarang dan beramal dengannya dan untuk mengetahui kebatilan dan menjauhinya begitu juga mengetahui berkenaan kebaikan dan bersegera dalam melakukannya serta mempelajari ilmu berkenaan keburukan,membencinya dan menjauhinya maka dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.Tidak ada beza antara menjadi orang yang mengikut atau orang yang diikut,orang yang bertaqlid dan orang yang ditaqlid,sesiapa yang menafikan fungsi akalnya terhadap apa  yang diciptakan oleh Allah kepadanya maka dia akan celaka di dunia dan dia akan sedih di dalam neraka jahannam,dan apa yang dia dahulunya bersenang-senang di dunia tidak akan  bermanfaat baginya,dan dia akan menyesal pada hari yang tidak bermanfaat lagi penyesalan dan kekesalan apabila mereka menemui hidup yang kekal abadi.Firman Allah Ta`ala:

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِير  0فَاعْتَرَفُوا بِذَنْبِهِمْ فَسُحْقًا لِأَصْحَابِ السَّعِيرِ

Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.” Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”.

[ Al-Mulk:10-11 ]

 

Sesungguhnya musuh-musuh kebenaran menjadikan antara akal-akal manusia dan Al-Kitab dan As-Sunnah tembok-tembok pemisah dan penghalang-penghalang agar manusia tidak mengambil petunjuk daripada Al-Kitab dan As-Sunnah.Bagaimanapun mereka menghalang dari jalan Allah maka Allah menguasai urusanNya,dan bagaimanapun mereka menjadikan penghalang-penghalang daripada kebenaran dan mereka menghiasinya dengan kebatilan maka hujjah Allah sentiasa tertegak,dan tidak ada yang ingin memusnahkan (agama) Allah melainkan dia akan musnah.

 

Wahai manusia,ketahuilah apa yang  berkaitan dengan apa yang kita sebutkan sebelum ini iaitu orang tidak memanfaatkan akalnya dan membuat keputusan dalam segala urusan(secara terburu-buru) adalah apa yang telah berlaku pada minggu ini daripada fitnah yang berlaku di sebuah kampung daripada perkampungan di sebelah timur mamlakah(Arab Saudi),beberapa orang pemuda yang terpedaya dengan mereka( syiah Iran) bertindak  menggunakan motosikal dan bom-bom dalam fitnah ini,mereka melakukan kekecohan dan kekacauan untuk menakut-nakutkan penduduk kampung tersebut,maka pasukan keselamatan yang merupakan mujahid fi sabilillah dan mereka yang menjaga perbatasan bagi membela dan mempertahankan Islam dan mereka menjadi penghalang kepada setiap  fitnah-fitnah yang dilakukan oleh para penjenayah dan perosak yang cuba membuat kekecohan dan bertujuan untuk mengganngu keamanan penduduk,mereka(pasukan keselamatan)bertindak untuk memadamkan fitnah tersebut yang merugikan dan gagal,dan sebahagian pasukan keselamatan tercedera,moga Allah menyembuhkan kecederaan mereka dan memberikan mereka dengan sebaik-baik ganjaran di atas tindakan mereka yang menghalang kebatilan.

 

Dan jika kita ingin mengingkari tindakan yang merosakkan ini dan jenayah yang keji ini maka kita akan mengetahui bahawasanya mereka  yang bodoh dan tidak berakal ini,kalaulah mereka menggunakan akal-akal mereka  dan mereka berfikir tentang keburukan dan kekejian akibat berlakunya kekacaun dan kerosan,kalaulah mereka berfikir dengan pemikiran yang bebas daripada pengaruh hawa nafsu terhadap kesan yang akan berlaku disebabkan tindakan tersebut nescaya jenayah ini tidak akan berlaku lebih-lebih lagi kita sekarang berada dalam musim haji dan bulan haram.

 

Pengingkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar mereka terhadap tindakan jenayah ini memang kena pada tempatnya,tetapi ianya hendaklah dibuktikan dengan tindakan yang membenarkannya(apa yang diingkari) dan niat yang baik dan tanda kebenaran pengingkaran tersebut adalah kekecohan dan kekacauan yang berlaku tidak akan berulang lagi.Jika tidak maka hal tersebut samalah seperti keadaan yang berlaku sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam persistiwa pembukaan Makkah katanya: Rasulullah melihatku dan beliau melihatku,kata Abu Hurairah: Labbaika Ya Rasulullah!!, Sabda Nabi; “Panggillah mereka kepadaku!!,tidak akan mendatangiku melainkan penolong-penolongku” lalu mereka pun mengelilingi Nabi dan berkumpullah kabilah-kabilah Quraisy lalu mereka berkata: ” Kita biarkan mereka pergi mendahului kita,jika mereka boleh mengalahkan Muhammad maka kita bersama mereka,jika mereka dibunuh maka kita akan berikan apa yang diminta daripada kita, sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam: ”  Kamu lihat pada puak Quraisy dan pengikut mereka,bunuhlah mereka sehinggalah kamu berjumpa denganku di atas As-Shofa” kata Abu Hurairah;” Maka tidak ada yang berdiri dikalangan kami seorangpun”.[ Riwayat Muslim ]

 

Adapun para pemuda yang tertipu dengan mereka( pemimpin-pemimpin syiah) dan yang terlibat dengan fitnah ini,kerosakan dan sejenis dengannya maka dicadangkan kepada mereka agar digugurkan kewarganegaraan yang sebenarnya menjadi kemuliaan kepada mereka dan ianya tidak layak bagi salah seorang dikalangan mereka yang melakukan tindakan jenayah ini dan diberikan kepada mereka peluang untuk pergi menziarahi Abu Soleh di gua Samarra` selagi mana wala`nya(ketaatannya)  kepada Abu Soleh dan bukan wala` mereka kepada Allah  kepada RasulNya sallallahu`alaihiwasallam kemudian  kepada penjaga kedua tanah haram dan pemerintah di Negara ini dan kemungkinan Abu Soleh,Muhammad bin Al-Hassan Al-`Askari  yang mereka mendakwa bahawasanya dia ialah Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu di gua,dan boleh jadi beliau akan menjadikan mereka sebagai pengganti-pengganti dalam negara-negara tertentu,boleh jadi juga mereka boleh memberitahu kepada beliau bahawasanya Khalifah `Abbasiyyah sudah mati,negara-negara(`Abbasiyyah) sudah tiada dan muncul negara-negara baru maka dengan  itu akan menghilangkan rasa takut dalam dirinya,boleh jadi mereka memberitahunya bahawa beliau mempunyai pengikut yang ramai,boleh jadi juga mereka memberitahu kepadanya akan dibuka kepada kamu negara-negara yang akan beriman kepadanya khazanah-khazanah harta dan boleh jadi mereka boleh meminta agar beliau mengeluarkan Al-Quran yang mereka mendakwa bahawa beliau masuk bersembunyi denganya dalam gua dan beliau tidak akan dilihat oleh ummat hinggalah beliau keluar.

 

Mereka mendakwa bahawasanya Al-Quran yang beliau masuk bersembunyi dengannya dalam gua berbeza dengan Al-Quran Al-Karim yang diriwayatkan oleh para sahabat kepada kita,yang dihafal oleh setiap generasi dari kaum muslimin secara mutawatir,dan boleh jadi mereka akan berkata kepada beliau: “Keluarlah! agar kamu boleh menegakkan dan memenuhi bumi ini dengan keadilan!!” Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan Al-Quran di dalam gua daripada ummat? Kalau mereka hendak memikirkan.Aku beriman dengan Allah dengan malaikatnya,dengan kitab-kitabNya, rasul-rasulNya,dan hari akhirat dan qadar yang baik dan yang tidak baik,dan aku mengkufuri akidah yang batil dan rosak lagi jumud.

 

Dan Akidah Wilayatul Faqih lebih teruk daripada akidah beriman dengan Muhammad bin Hassan Al-`Askari yang didakwa beliau ialah Al-Mahdi Al-Muntazar.Dan daripada keajaiban kesesatan dan syirik terhadap Allah Tabaraka wa Ta`ala bahawasanya mereka berdoa memohon kepadanya selain Allah,dan menyembahnya selain Allah dan mereka mengangkat tangan mereka memohon kepada Al-Mahdi Al-Muntazar di gua sebagaimana yang mereka dakwakan Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari,mereka mengangkat tangan memohon agar memperkenankan hajat-hajat mereka,mereka berdoa memohon agar menghilangkan kesempitan,mereka memohon dan meminta anak dan rezeki,dan jika disebutkan namanya maka mereka akan berdoa agar Allah membangkitkan beliau dengan segera,jika mereka menghadapi kesempitan yang besar mereka menghadapinya selama beratus-ratus tahun yang hampir seribu tahun ,mereka mendakwa beliau berada di dalam gua(tersembunyi di dalamnya),bagaimana mereka berdoa memohon kepadanya agar melepaskan daripada kesempitan sedangkan dia sendiri lemah dan tidak mampu untuk membangkitkan dirinya sendiri( untuk keluar dari gua ) dan untuk menghilangkan kesempitan daripada dirinya sendiri maka bagaimana dia hendak memperkenankan orang-orang yang memohon dan berdoa kepadanya selain Allah? Apakah mereka tidak redha bahawasanya Tuhan langit dan bumi disembah ? Firman Allah Ta`ala:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَنْ لَا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ (5) وَإِذَا حُشِرَ النَّاسُ كَانُوا لَهُمْ أَعْدَاءً وَكَانُوا بِعِبَادَتِهِمْ كَافِرِينَ

Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doa) nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka? Dan apabila manusia dikumpulkan (pada hari kiamat) nescaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari pemujaan-pemujaan mereka

[ Al-Ahqaaf: 5 ]

 

Dan Ahlul bait Nabi sallalallahu`alaihiwasallam kesemua mereka berlepas diri daripada akidah Rafidhah sebagaimana para sahabat radiallahu`ahum berlepas diri.Selagi mana mereka semua bertindak atas nama Abu Soleh  dan revolusi mereka  kerana beliau,sedangkan beliau tidak wujud dan tidak pernah dilahirkan pun sebenarnya sebagaimana disebut dalam kitab Al-Kafi dan ianya merupakan rujukan utama mereka maka berikanlah peluang untuk mereka menziarahinya untuk melihatnya.Adapun Negara luar( Iran) yang tertipu dengan pemuda-pemuda tersebut maka lebih baik bagi mereka agar melakukan keadilan terhadap rakyatnya,menerima urusannya memperbaiki urusan mereka di atas kebenaran dan keadilan, dan merupakan kebenaran dan kewajipan ke atas mereka agar bersikap adil terhadap Ahli Sunnah dan melakukan keadilan kepada mereka dan menghentikan penyeksaan terhadap mereka,memberikan kebenaran kepada mereka untuk mendirikan jumaat dan mengikuti jamaah dan mengamalkan agama islam yang benar di ibu Negara dan di tempat yang selainnya.

 

Dan Rafidhah, Syiah pada zaman pemerintahan penjaga dua tanah haram yang mulia-moga Allah menjaga beliau-dan pada zaman pemerintahan Raja-raja yang sebelumnya di dalam negara ini telah hidup selesa dan bersenang-lenang dengan hak-hak kewarganegaraan,sesungguhnya mereka telah memperoleh banyak kebaikan daripada negara ini yang tidak mampu untuk dikira dan diukur.Dan bukti tentang hal tersebut  dan apa yang membenarkannya adalah dengan melihat keadaan mereka sebelum kewujudan negara ini. Dan kita menunggu respon daripada pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) agar mereka mengatakan pendirian yang benar dan bertindak terhadap percubaan untuk menafikan Islam.Mereka perlu memberi peringatan kepada negara-negara anggota daripada kemasukan dan campur tangan  duta-duta mereka daripada anggota sebahagian Negara mereka daripada menguasai negara anggota,negara Bahrain masih lagi peristiwa pemberontakan yang terjadi di sana menjadi contoh,dan pemerintahnya masih memberi pertolongan dalam menangkis kemasukan pengaruh luar dalam urusan mereka,dan disebabkan hal tersebut pemerintah Bahrain meminta pertolongan untuk meneruskan kehidupan mereka daripada saudara mereka yang dipimpini oleh penjaga dua tanah haram yang mulia-moga Allah menjaga beliau- kalaulah bukan kerana Allah kemudian disebabkan oleh pertolongan ini nescaya pasti berlaku kepada pewaris negara ini apa yang tidak diketahui melainkan Allah.

 

Dan sesiapa pun yang tidak mengikuti dan mematuhi prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh pertubuhan ini daripada negara-negara anggota maka mereka dijauhkan daripada pertubuhan ini sebagaimana kita menunggu daripada ulama kaum muslimin di dunia Islam agar mengadakan perbincangan di Rabitah Islami,mereka mengubati permasalahan yang berlaku dan mereka memberikan petunjuk untuk menyelasaikan kekecohan dan kekecauan  di Arab Saudi,maka keamanan di Mamlakah Arab Saudi merupakan keamanan di seluruh dunia Islam.Dan  mereka perlu memberi peringatan daripada setiap seruan yang melampaui Islam dengan perkataan  jelas serta jauh daripada pengaruh-pengaruh yang lain.Mamlakah Arab Saudi tidak memerlukan dalam mempertahankannya melainkan dengan menyerahkannya kepada Allah Ta`ala.Allah menolong sesiapa yang menolong agamanya,firman Allah Ta`ala:

 

وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa

[ Al-Hajj:40 ]

 

Firman Allah Ta`ala:

إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ فِي الْأَذَلِّينَ (20) كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ (21  )

Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina.

Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

[ Al-Mujadilah:20-21]

 

Khutbah Kedua:

 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,Tuhan Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang yang menguasai hari pembalasan dan aku bersaksi bahawasanya tiada ilah yang berhak disembah melainkan Allah sahaja tidak ada sekutu bagiNya, ,dan aku bersaksi bahawasanya nabi kita dan penghulu kita Muhammad hambaNya dan rasulNya,Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam serta berkatilah ke atas hambaMu dan rasulMu Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya.

Wahai manusia,bertaqwalah kepada Allah wahai hamba Allah dengan sebenar-benar taqwa,berpegang tegunglah dengan Islam,wahai manusia! Firman Allah Ta`ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

[ Al-Hasyr:18 ]

 

Wahai kaum muslimin!,dua golongan daripada manusia,jika mereka baik maka akan baiklah ummat,iaitulah golongan pemerintah dan ulama`.Maka merupakan kewajipan ke atas para pemerintah dan para ulama memegang tanggungjawab dalam urusan ummat ini,maka bertaqwalah kepada Allah Tabaraka waTa`ala.Jika berlaku kesalahan  daripada salah satu daripada kedua mereka maka sesungguhnya akan berlakulah keburukan beradasarkan tahap kekurangan tersebut.Maka bertaqwalah kepada Allah wahai hamba Allah,para ulama` merupakan pewaris para Nabi dan para pemerintah merupakan pengganti kepada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam,mereka memperbaiki,memberi petunjuk kepada manusia,menyuruh agar mereka mengikuti kebenaran,dan menghalang mereka daripada kebatilan,dan para ulama` membantu mereka di atas setiap kebaikan yang ada padanya untuk ummat Islam,maka sesungguhnya tidak ada yang kekal dan tidak ada kebaikan bagi ummat ini melainkan dengan mereka berpegang teguh dengan agamanya,saling tolong menolong di atas dasar kebaikan dan taqwa,mereka berdiri di atas barisan yang satu dihadapan kesemua para perosak,di hadapan para penjenayah dan dihadapan semua seruan yang bercanggah dengan agama Allah Tabarak wa Ta`ala.Firman Allah Ta`ala:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah belah.

[ Ali-Imraan:103 ]

 

Syeikh menutup khutbahnya dengan membaca selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu`alaihiwasallam,ahli baitnya Al-Hasan dan Al-Hussain,Fatimah dan para sahabat radiallahu`anhum ajma`in,keumudian syeikh membaca doa memohon agar Allah memperbaiki dan menolong pemerintah kaum muslimin,memohon agar Allah menghancurkan tipu daya musuh-musuh Islam dari kalangan pengikut iblis,ahli sihir dan kaum kafir dan munafiq.

 

Kongsikan:

Related Posts

Prinsip 1aqidah.net

1 - al-Qur'an & as-Sunnah sebagai pegangan.

2 - Memahaminya di atas pemahaman para Salafus Soleh yang terdiri dari para Sahabat yang diredhai, Tabi'in, dan Tabi'ut Tabi'in.

3 - Melalui para ulama yang berdiri teguh di atas jalan mereka.

4 - Memastikan agama ditegakkan di atas fakta yang sahih lagi ilmiyah.

Kongsikan 1aqidah.net
Blog Traffic

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 891
  • Last 7 days: 6,705
  • Last 30 days: 26,516
  • Online now: 3
LIKE 1AQIDAH.NET di Facebook
Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins